awas skim cepat kaya
awas skim cepat kaya

Mangsa penipuan skim highway group resources

skim highway group resources tipu melayu, penipu skim highway group resources, scam highway group resources, tokey highway group resources dah lari, bos hgr dah lari
mangsa penipuan skim highway group resources

GUA MUSANG – Sepasang suami isteri di Felda Perasu kerugian hampir RM50,000 selepas membuat pelaburan dipercayai skim cepat kaya, sejak Oktober tahun lalu.

Pasangan itu menyedari ditipu setelah pergi ke rumah wanita yang dikatakan menjalankan aktiviti pengambilan deposit didakwa secara haram di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, pagi semalam.

Zabidi Mohd Noor, 68, berkata, dia bersama isteri terpaksa pergi ke rumah wanita terbabit yang tidak menunaikan janji untuk membuat bayaran bonus.

Dakwa Zabidi, dia percaya bukan dia dan isteri sahaja terlibat dalam pelaburan itu, malah yakin ramai lagi turut serta yang mungkin  jadi mangsa.

"Pada peringkat awal, kami beli 10 lot seorang dengan masing-masing melabur sebanyak RM3,500, sebelum menambah secara berperingkat. Selepas tiga bulan, kami dibayar bonus RM1,000 sebulan selama tiga bulan, sebelum kami mendapat pulangan penuh RM8,000 kerana pelaburan matang.

“Rasa yakin menyebabkan kami buat pelaburan berganda hasil semua keuntungan tersebut, tetapi mulai bulan ini, wanita terbabit enggan membayar bonus yang dijanjikan," katanya.

Menurut Zabidi, dia pergi ke rumah isteri kepada seorang peneroka RKT terbabit bagi meminta wang bonus yang dijanjikan, namun wanita terbabit mendakwa enggan membuat bayaran.

Katanya, sedangkan sebelum membuat pelaburan, wanita terbabit datang ke rumahnya setiap bulan termasuk bulan pertama untuk mengambil wang pelaburan, manakala bulan seterusnya (selama tiga bulan) membayar bonus keuntungan.

“Dia mencabar kami agar membuat laporan polis jika tidak puas hati hingga kami hilang keyakinan untuk mendapat balik wang pelaburan itu.

“Kami dimaklumkan syarikat tersebut mempunyai rangkaian pelaburan di seluruh negara dan bagi Gua Musang,” katanya.

Susulan kejadian tersebut, Zabidi membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang, kira-kira jam 1.50 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan yang akan dirujuk kepada Bank Negara sebelum membuat siasatan lanjut.


Tags;

skim highway group resources tipu melayu, penipu skim highway group resources, scam highway group resources, tokey highway group resources dah lari, bos hgr dah lari, asmawi yas dah lari,

1 comment: